Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selasa, 28 April 2009

Bila Aku Jatuh Cinta


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah
pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah
ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah
hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada
kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.

(As-Syahid Syed Qutb)

dikutip dari http://www.muslimdelft.nl

4 komentar:

  1. salam hadian,

    Puisi yang indah sekali..:)

    BalasHapus
  2. wa'alaikumussalam...
    syukron hani..moga Allah mengabulkan harapan dan o'a itu bagi setiap muslim yang memohonkan pada-Nya

    BalasHapus
  3. hidup ini tdkan brrti jk sbuah cinta hya untk kpuasan hati,tp akan lbih brrti jk cinta itu menjd sosok pnnang hati untk lbh dkat pa-Nya.Suci mengkin suci cinta itu,tp akan lbh suci jk cinta itu dibarengi cinta kpd_Nya.inilah hdup,hdup akan Cita.

    BalasHapus
  4. akuw pengent pux bukux...
    but,,,dah kehabisan..
    :'<

    BalasHapus