Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Minggu, 08 Maret 2009

Peringatan buat hati-hati yang lupa…


KITA SEBENARNYA…
Kita sebenarnya…Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
Kita sebenarnya…Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya…Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat
Kita sebenarnya…Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
Kita sebenarnya…Lebih suka lepak, tidur tidur, tengok TV daripada solat
Kita sebenarnya…Lebih tahu tentang artis pujaan daripada Nama Nabi-Nabi Allah dan para sahabat
Kita sebenarnya…Lebih suka menyebut hello! Hai! Daripada Assalammualaikum
Kita sebenarnya…Lebih suka menyanyi lagu cinta, rock daripada berwirid, bertahmid, & bermunajat kepadaNya
Kita sebenarnya…Lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri
Kita sebenarnya…Lebih suka ke konsert, karoake dan sewaktu dengannya daripada ceramah agama
Kita sebenarnya…Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
Kita sebenarnya…Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat
TETAPI…bila orang Tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA….lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka…
LAYAKKAH kita dengan Syurga milik ALLAH S.W.T???
AYUH…HIJRAHLAH KITA UNTUK MENCAPAI REDHANYA…


Sumber : http://alnaurah.blogsome.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar